|
Jul 7, 2004
Merasa diri sudah pandai...
|
|
|
Pada zaman dahulu terdapat kisah seorang murid yang ingin berguru dengan seorang ulama yang terkenal di tanah Arab. Beliau telah berjalan selama berbulan-bulan semata-mata untuk menemui guru tersebut yang berada di sebuah negeri di Semenanjung Arab. Setelah sampai di rumah guru tersebut beliau telah dihidangkan dengan sejenis minuman teh Arab yang dibuat daripada herba.
Beliau membeli sebuah cawan yang diperbuat daripada perak. Guru tersebut menuangkan teh ke dalam cawan tersebut bagaimanapun beliau melompat kerana terkejut apabila cawan kecil tersebut telah dipenuhi teh sehingga melimpah-limpah di atas lantai. Guru tersebut terus menuangkannya walaupun penuh sehingga memaksa beliau bertempik dan berkata "cukup... cukup cawan saya dah penuh". Guru tersebut berhenti dan tersenyum sambil berkata, "Begitulah fikiran dan akal kamu. Jika kamu rasakan ia sudah cukup atau kamu merasa sudah pandai, maka kamu tidak mahu belajar lagi".
Dipetik dari : Rahsia Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari di Rumah Pengarang : En. Shariff Ahmad
Sebelum saye memberi skit kesimpulan mengenai kisah kat ateih nih, sayer nak mintak sowi arr sesangat kat sumer yang tenanti-nanti update entry yang agak lewat. Ermm... busy skit dengan perancangan lain yang perlu disettle ngan ader skit malas. Hihihi ;P. Kaylah! mengenai kesimpulan kisah di atas mengikut kepahaman ncik Macknet. Hehe ;) aper arrr?? aku dh xder idea arr nak menyimpulkannye. Jab! pikir dulu, ermm...
Kesimpulannyer kat sini ialah ia menceritakan mengenai akal fikiran manusia. Fikiran manusia itu digambarkan seperti sentiasa sudah merasa puas dengan aper yang dimiliki, ketahui sehingga merasakan ianya sudah terlampau bijak. Dari situ maka mula timbullah perasaan yang menganggap diri merekalah yang benar lagi betul seterusnya menganggap orang lain yang kurang berpengetahuan lebih darinya sebagai seorang yang tidak layak, setanding dengan mereka.
Ia juga menekan betapa perlunya tugas setiap manusia itu sentiasa belajar dalam mengharungi kehidupan ini. Sentiasa memperbaiki diri supaya dapat menjadi seorang manusia yang berguna dan berakhlak mulia lagi dihormati dengan sentiasa merasa rendah diri dengan apa yang dikurniakan ilahi serta tidak mudah lupa diri. Samer gaks arr conditionnye dalam bidang perniagaan nih. Sentiasalah bersikap 'low profile' dalam mengharungi liku-liku berduri alam perniagaan walau dalam situasi aper puns anda berada dan dengan siapa pun anda berdepan.
Janganlah apabila anda sudah dikurniakan dengan rezki yang melimpah ruah menyebabkan anda terlupa dari manakah asal usul diri anda, terlupa laks aku nih asai kampung mana?? kampung dusun kot!! ;P. Dalam kata lain di manakah anda bermula?? Siapakah di sebalik kejayaan anda?? Kalau sayer tentulah kedua ibu bapa sayer disamping rakan-rakan setia yang sentiasa bersama mengharungi saat duka lara. isk! isk! sedih laks!! terharu puns ada...
Pendekkan citer kat sinih nih ialah janganlah kiter semua mudah lupa diri, atau lupa kengkawan. Ingat-ingatlah owang kat sinih!! Maner arr tau kowang sumer dapat rezki tepijak kerk. Hehe ;P. Apepun teruskan usaha anda dalam pencarian rezki yang halal. Sentiasalah berusaha, bertawakal lalu beristiqamah demi mengharap beroleh keberkatan rezki dari Allah S.W.T. Salam perkongsian berpanjangan...
P/S: Berharap sangat anda sumer leh arr bagi skit komen kalau kowang rajin bace penulisan tentang pendapat aku nih. Xkisah nak kutuk kerk, perbetul kerk, tambah kerk, kritik kerk. Bukan aper, cuma nak bekongsi pendapat anda sumer... tue jerk!! salam perkongsian, tinkiyu...
| |
Posted at 10:51 am by macknetoo
 |  |  | abu handzalah December 1, 2007 11:39 PM PST
yup... i totally agree with it!!!
|  |
  |  |  | pheo phixx November 27, 2007 08:41 AM PST
salam...
saya hampir setuju ngan semua pendapat saudara....
tp dalam konteks tidak puas dgn apa yang di miliki itu tidak bley digunakan luar dar skop ilmu..
bukankah kita ini seorang yang bersyukur....nabi sendiri seorang yang bersyukur apa bila saidatina aisyah bertanya kepada nabi mengapakah baginda solat sehingga bengkak kaki sedangkan Allah sudah pun mengampunkan dosa2 mu iaitu bersifat ma'sum...lalu baginda menjawab.. bukankah aku seorang yang bersyukur... betapa tinggi pekerti rasulullah...
newey...sekadar luahan rasa... harap laman ni maju untuk kegemilangan islam... |  |
  |  |  | nazri UTM October 25, 2007 05:16 PM PDT
memang tepatla apa yang guru tu cuba sampaikan kepada ank murid dia. Jangan sombong dan berlagak apabila dah pandai. Itu juga sebagai peringatan.
Wallahhualam..... |  |
  |  |  | Khal October 21, 2005 06:04 PM PDT
nak jadi saudagar tempe la macam nih... |  |
  |  |  | creepsy July 8, 2005 04:17 PM PDT
I like it |  |
  |  |  | ~*Hikaru*~ January 23, 2005 11:29 PM PST
no komen...~ |  |
  |  |  | madi September 28, 2004 05:03 PM PDT
wat en net... bilo dah kayo.. ingatla samo kat den..:) |  |
  |  |  | Farah July 21, 2004 12:09 PM PDT
hmm... lepas baca cerita ni, banyak plak soalan dalam kepala... kenapa cikgu tu buat camtu kat student dia? adakah student itu berasa sudah cukup pandai? 2. kalau air dalam cawan tu melimpah, itu tidak bagus, jadi adakah fikiran manusia cam cawan yang takleh penuh sangat? macam tak kena plak. 3. atau cawan tu metafor untuk minda yang dah puas dengan dirinya sendiri? atau maybe, kalau kecil cawan, cam kecil minda, takleh isi banyak, tapi kalau cawan besar, cam meluaskan minda, boleh isi banyak ilmu? 4. apakah kepentingan student ni membeli cawan perak? adakah ia mempunyai makna tertentu, lalu di bold kan atau cawan apa-apa pun sama jer...
hehe... sorry la.. aku mmg cam ni... semua kena kaji... |  |
  |  |  | Farhan July 11, 2004 12:49 PM PDT
ooh..memula igtkan ni criter yg cheese bertuka jadi keju! hehehe |  |
  |  |  | net July 10, 2004 03:37 AM PDT
hehe ;) insya-allah net xkan lupa diri & lupakan kengkawan sumer. Tanpa kowang siapalah ncik net di sini. |  |
  |  |  | Op July 9, 2004 11:46 AM PDT
kalau net dapat rezeki terpijak pun jangan le lupakan kami di sini ye hehehe.... |  |
|
|
|
|