Banner
Tarikh & Waktu Tempatan :

mytaz-ondanet -place where my stories about islamic goes...

Anda sedang online di mack-netondaline

Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi bertandang ke site cik mack-net... selalulah berkunjung ke sini untuk mengetahui berita-berita dan perkembangan mengenai kami..

[[ Main Blog | 2nd: boutme-ondanet | 3rd: mybiz-ondanet | 4th: myfav-ondanet | 5th: mytaz-ondanet ]]

Jun 24, 2004
Anjakan Paradigma...

New Page 2

 

Kay!! kat bawah nie aku nak siarkan satu kisah betul. kan tipo nih! hanya yang betul dan benar belaka saje leh didapati kat blog aku nih! Kisah nie begitu menarik dan distowi semula oleh En. Shariff Ahmad di dalam manuskrip beliau bertajuk "Rahsia Pendapatan Sehingga RM1000 di Rumah" yang memang xder jual kat memane kedai buku. Tapi kisah nie beliau petik dari buku karangan Borghild Dahi berjudul "I Wanted to See". Tuks memesannye leh arr try ushar kat site The Macmillan Company. Alamat company nih kat 60 fifth Evenue, New York City, USA dan harga buku nih laks AS$49.95. Pengarang buku nih adalah seowang pengarang pompuan yang hidupnya kurang sempurna. Beliau adalah seorang yang buta selama setengah abad.

The story goes something like this.. Jeng!! jeng!!..... Dia bercerita di dalam bukunya. "Saya hanya mempunyai sebelah mata itupun hampir tertutup seluruhnya oleh selaput, sehingga saya hanya dapat melihat melalui sudut mata saya sebelah kiri. Saya hanya dapat membaca buku jika buku itu saya pegang dekat-dekat dengan muka, dan dengan sekuat tenaga saya pusatkan penglihatan saya melalui sudut kecil di mata sebelah kiri".

Tetapi beliau tidak mahu dikasihani. Beliau tidak mahu dianggap istimewa. Beliau ingin seperti orang lain. Sebagai anak kecil yang ikut bermain, jongkang-jongket dengan gadis-gadis lainnya. Akan tetapi beliau tidak dapat melihat garis-garis di tanah. Oleh kerana itu setelah kanak-kanak lain berhenti bermain dan pulang, beliau merangkak di tanah sambil mendekatkan matanya ke tanah untuk melihat garis-garis batas permainan tersebut. Setiap garis dan tanda diamati betul-betul sedikit demi sedikit. Akhirnya garis-garis dapat dia hafal dan dapat ikut bermain dengan baik. Di rumah beliau suka membaca. Tetapi bukunya harus diletakkan berhampiran mata sampai bulu mata menyentuh halaman buku. Beliau akhirnya meraih dua gelaran Sarjana, iaitu B.A atau Sarjana Muda dari Universiti Minnesota dan Master of Art dari Universiti Columbia.

Beliau mengajar di sebuah dusun kecil di Twin Valley, Minnesota dan akhirnya dilantik menjadi guru besar Kewartawanan dan Sastera di Augustana College di Sionx Falls, South Dakota.

Di sana beliau mengajar selama 13 tahun, memberi ceramah kepada perkumpulan-perkumpulan wanita dan berpidato di radio mengenai ulasan buku dan penulis. "Dalam fikiran saya" katanya "Saya selalu disayangi oleh rasa takut dan mengerikan. Takut kalau buta terus. Untuk mengatasi hal ini, saya berusaha bersikap tenang, berusaha supaya hidup riang dan gembira".

Kemudian pada tahun 1943, ketika berusia 50 tahun, terjadilah satu keuntungan besar. Pembedahan mata yang dijalaninya di Mayo Klinik berjaya dengan baik! Sekarang beliau dapat melihat 40 kali lebih baik daripada sebelumnya.

Dunia baru yang indah dan menarik terpampang di depan matanya bahkan mencuci pinggan pun membuatkannya gembira dan kagum. Hal ini diceritakan juga dalam bukunya. "Saya terus bermain dengan buih sabun yang ada dalam besin cuci. Saya masukkan tangan ke dalamnya untuk mengambil buih sabun tersebut. Buih itu saya hadangkan ke cahaya dan terlihat pemandangan yang indah dan sungguh menawan hati. Saya lihat buih-buih itu bagaikan pelangi kecil dengan beraneka ragam warna dan berkilauan."

Ketika memandang keluar jendela dapur, dia melihat burung-burung mengepak-ngepak sayapnya yang berwarna kehitaman terbang menembusi hujan salji yang sedang turun.

"Saya melihat pemandangan yang memukau hati seperti buih sabun serta burung-burung yang cantik itu".

Cuba bayangkan orang itu bersyukur kepada tuhan hanya kerana dapat mencuci pinggan dan melihat buih-buih sabun yang kelihatan seperti pelangi dan melihat burung-burung mengepakkan sayapnya merentas hujan salji. Kita seharusnya merasa malu terhadap diri kita sendiri. Selama hidup kita, setiap hari kita hidup di taman yang indah permai, namun kita buta. Kita buta sehingga tidak mampu melihat keindahan tersebut, kita sudah terlalu bosan sehingga tidak mampu menikmatinya lagi - Shariff Ahmad

P/S : Ermm.. aku tatau nak bagi kesimpulan, apapun arap kowang amik iktibar dari stowi nie dan jangan terus putus arapan walaupun anda hidup dalam keadaan serba kekurangan. Percayalah!! hehe ;P cam lagu CT laks! ader lagi insan yang lebih teruk keadaannya dari anda tetapi mereka masih mampu untuk terus berjuang. Teruskan perjuangan anda. Salamzz...


Posted at 06:39 pm by macknetoo

pheo phixx
November 27, 2007   09:03 AM PST
 
tiada apa yang sy dapat ungkapkan... saya kagum dengan ketabahan beliau..
mozerkus2
July 7, 2005   11:18 PM PDT
 
About what u saying???
miss survive
April 25, 2005   01:16 PM PDT
 
Saya kagum dengan tokoh ini.Saya juga ada seorang kawan yang menerima nasib ini.Tapi saya tidak pasti samada dia ALBINO atau tidak,tapi dia putih melepak dan adiknya pun sama .Adiknya dijangka akan buta ketika beberapa tahun nanti.Kawan saya ini mempunyai azam yang kuat memandangkan dia anak sulong,cekal dan tidak pernah memandang randah pada diri sendiri malah sebaliknya.Saya amat kagum dengan perancangan hidup dia.Saya bangga kerana pernah menjadi kawan dia.Dan sekarang saya doakan dia akan berjaya sepertimana En.Syariff ni.
Op
June 25, 2004   12:18 PM PDT
 
macam yang op pernah katakan awal2 dulu - cerita2 net memang menarik.

lihat je komen2 tu.. :)
walkthrulife
June 25, 2004   04:23 AM PDT
 
good article...seharus kita bersyukur dgn apa yg dikurniakanNya
walkthrulife
June 25, 2004   04:20 AM PDT
 
good article...seharus kita bersyukur dgn apa yg dikurniakanNya
tipah
June 25, 2004   12:29 AM PDT
 
ayat2 tu sungguh menarik!! terpesona membacanye!! maksud yg disampaikan pon jelas dan bermesej! besh ar...
tipah
June 25, 2004   12:29 AM PDT
 
ayat2 tu sungguh menarik!! terpesona membacanye!! maksud yg disampaikan pon jelas dan bermesej! besh ar...
kakngah
June 24, 2004   11:17 PM PDT
 
dan selalu bersedia untuk mencari dan mendapat pengalaman kehidupan..
someone
June 24, 2004   11:08 PM PDT
 
kisah ini mengingatkan saya kepada pensyarah kimia saya semasa di matrik dulu..pensyarah saya mengidap penyakit albino...rambutnya keputihan..matanya kurang jelas...pensyarah saya juga mendekatkan buku di depan matanya ketika hendak membaca...walaupun matanya kurang jelas..pensyarah saya menggunakan sepenuh pendengaran semasa menjadi pelajar dulu..and the result is..he's among the top10 student in Unimas..semua ini diceritakan kembali..waktu di makmal kimia apabila ade pelajar yg membuat bising dan tidak ambil perhatian semasa dia sedang mengajar..saya dapat melihatnya betapa kecewanya dia..insan yg lebih sempurna darinya tidak menghargai apa yg dia ada..seperti kata en.Shariff Ahmad..buta! pesan saya utk diri saya dan dan semua.."bersyukur dgn apa yg ada..bersabar dgn apa yg tiada"
nilzd4
June 24, 2004   10:39 PM PDT
 
Net...artikel yg bess...
yup...slalu bandingkan diri dengan org yg kurang...tuk rasa syukur & perbaiki ape yg patut!
Stuju sgt :)
tomohiko
June 24, 2004   09:52 PM PDT
 
Dalam hadith pun ada tulis, kita mesti bandingkan diri dgn orang yang kurang dari kita supaya kita rasa kesyukuran yang ada. Jgn bandingkan diri dgn orang yang ada lebih dari kita, takut nanti kita rasa serba kekurangan.
Kesimpulan cerita ini...kita harus bersyukur pada setiap yg ada di keliling kita...rumput, burung, semut, sabun dll.
  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Home Next Entry

[title] Profile Section

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Berapa Lamer Bacer Daa.. ::.



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

.:: Kaunter Pelawat ::.


 The service is supported by
okcounter.com

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


<< June 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30
 
[title] Side Section

Disclaimer:  
 Blogsite ini merupakan laman blog sokongan kepada blogsite utama yang menggunakan url : http://netondaline.blogdrive.com
 Blogsite ini adalah laman blog yang dikhususkan untuk menempatkan & menampung koleksi bahan-bahan artikel atau cerita menarik yang pernah dipaparkan di blogsite utama. Terdapat 4 blogsite sokongan telah dibina bagi menempatkan koleksi bahan-bahan menarik tersebut. Ianya dikelaskan mengikut kategori-kategori seperti berikut:
 
 blogsite sokongan 1: 
 
 boutme-ondanet 
 ~ koleksi kisah-kisah atau catatan peribadi mengenai diri saya, aktiviti yang dilakukan, rakan-rakan dsbgnya khususnya yang melibatkan diri saya.
blogsite sokongan 2: 
 
 mybiz-ondanet 
 ~ koleksi bahan-bahan menarik berkenaan minat saya di dalam dunia perniagaan dan kisah-kisah berkaitannya.
 blogsite sokongan 3: 

 
 myfav-ondanet 
 ~ koleksi bahan-bahan menarik berkenaan minat & hobi saya terutamanya mengenai komputer, muzik, filem dan sebagainya.
 blogsite sokongan 4: 

 
 mytaz-ondanet 
 ~ koleksi seperti kisah-kisah teladan, tarbiyah, tazkirah dan artikel menarik berkenaan islam samaada sebagai cara hidup atau pegangan agama. Juga kupasan mengenai dunia islam masakini yang melibatkan politik, sosio-ekonomi, budaya dan sebagainya.



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Copyright © 2004 mack-netondaline
.:: Screen Resolution 1024x768 ::.
.:: 2004 - 2006 my memorial ::.

Blogdrive